Tuesday, August 14, 2007

Islam, Market Economy and Rule of Law

Islam, Market Economy and the Rule of Law"Law is in Islam a process of discovery. Just as the physical scientist believes that the laws of physics exist as an absolute, waiting to be discovered rather than invented, so the Muslim legal scholar believes that the shariah has been created by God and his role is to discover and articulate it rather than invent it."

by Imad-ad-Dean Ahmad, Ph.D.


Everybody, Malay, Chinese, India, Greek and so on must have the knowledge about the history of Islam, particularly its law. Muslim, particularly, has a big responsibility to educate the world about politico-economic theory. At the same time, Muslim has a big role to understand their own heritage.


Even the so called 'free' market should have law. The Quran favours productivity and free trade. Free markets need the rule of law to operate. The Qur'an explicitly favors productivity and free trade. Many blindly think Islam put a rigid line when it comes to economy, but many tend to forget that Islam encourages moderation when it comes to consumption. Infact, Islam has actually participated in the rules, contract in the economy.

Masyarakat Islam yang jitu pada zaman dahulu menjaga harta benda kepunyaan mereka. Tidak banyak mempunyai sistem cukai dan campurtangan kerajaan kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan mendedahkan penipuan, menghukum perompak dan mengahpuskan riba (interest). Tetapi, secara perlahan-lahan, masyarakat Islam melupai ajaran agama sehingga menyebabkan berlakunya "closing of the door to ijtihâd (the exercise of reason)", seterusnya menyebabkan undang-undang keadilan Islam pada masa-masa tersebut hilang kekuatan dan dinamiknya.

Mereka yang menuduh Islam sebagai sistem ekonomi dan politik solo tidak dapat membuktikan apa yang dimaksudkan dengan sistem itu sendiri. Undang-undang shariah Islam itu sendiri sebenarnya mengandungi perintah-perintah etika penting yang perlu diikuti oleh sistem politik dan ekonomi. Prinsip etika dalam Al Quran sepatutnya menjadi undang-undang, bukan diarah oleh mana-mana ahli politik. Ini adalah kerana, undang-undang di dalam Quran adalah dicipta oleh Tuhan yang sama yang mencipta undang-undang hidup masyarakat. Jadi, jika terjadi konflik mengenai pemahaman undang-undang Islam, ia adalah kesalahan menginterpretasikan undang-undang tersebut. Dan perlulah diselesaikan melalui perbincangan (ijtihad), bukan melalui kata-kata kasar politik.

Apa yang menyebabkan sistem demokrasi bagus ialah ia menyediakan cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Keutamaan diberikan kepada majoriti untuk mengundi ketua, bukan bergaduh dan berebut. Sesetengah isu bagaimanapun, tidak membenarkan majority menidakkan kuasa minoriti.

Islam faham akan fungsi penting sesebuah keluarga dan masyarakat. Islam juga faham keperluan individu untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Tetapi ini tidak bermakna, peranan ini perlu dilakukan dengan kekasaran. Kerana, Quran bertujuan mengubah sesuatu masyarakat melalui perubahan individu. Ia mementingkan moral dari kekasaran yang mana sama-sekali ditolak.

Dialog yang konstruktif perlu diadakan diantara Islam liberal dan pejuang Islam. Ini perlu untuk yang liberal kembali ke pemahaman asas etika-agama undang-undang Natural. Dan yang memperjuangkan Islam melalui dialog tersebut, perlu membentuk budaya Islam sebenar yang selari dengan abad sekarang. Setidak-tidaknya, melalui proses dialog ini, tidaklah ada lagi yang meniru dan mengulangi kesilapan undang-undang institusi barat.

Ketegangan yang berlaku diantara pihak pejuang Islam, Islam sekular dan kafir dapat dilihat dimana-mana. Sebab itulah pihak sekular dan kafir perlu diberi pendidikan dan pendedahan mengenai keadaan sebenar sejarah Islam dan intipati sebenar undang-undang Islam. Ini tidak terkecuali bagi orang Islam sendiri. Sejarah di Turki menunjukkan bahawa perubahan yang berlaku dalam negara sejak bertahun-tahun telah menyukarkan orang Islam untuk mengenali latar belakang Islam sebenar.

Next: Bagaimana sistem asas perundangan Islam berbeza.

No comments:

5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!

Bahagian 1 - Dari impian dan minat  Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul  Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...