Bahagian 1 - Dari impian dan minat
Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul
Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?”
Bahagian 4 - Hati yang bungkam di Domalbahce
Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda! [YOU ARE HERE!]
Bahagian 6 - Di Bursa, bumi pemula Uthmaniyyah
Bahagian 7 - Terketar2 di Uludag
Bahagian 8 - “Mommy, cantiknya Hagia Sophia..macam lukisan!”
Bahagian 9 - Kaching! Kaching! di Grand Bazaar
Bahagian 10 - Selamat tinggal bumi Istanbul!
=======================================
HISTOURY 2019 ISTANBUL, TURKI
Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
...maka acik pun melepak2lah dibilik sambil mengurut2 kaki, sementara menunggu Uncle Jan pulang dari solat Jumaat di Blue Mosque (aka Masjid Sultan Ahmet).
Uncle Jan pun balik. Acik pun tanya, "Ramai tak?" , "Ramaaai", jawabnya. "Tapi kagumla, sebab abang tengok, takde sapa pun tidur masa dengar khutbah. Semua mata terbukak!" . Wow, acik pun kagum. Jadi nasihat acik, kalau u all ke sana, ambik kesempatan la solat Jumaat di sana. Bukan selalu dapat jemaah dengan bro Turki kann...
Ok, so kami pun siap2 nak ke Istana kedua. Jeng Jeng Jeng...ISTANA TOPKAPI!
Sebenarnya boleh jalan kaki. Pasai apa kami ambik tram tatau. 😅
Flashback masa sedang merancang ke Istanbul.
Ahmed: "Ahmed tak sabar nak ke Istanbul. Ahmed nak main salji!"
Acik: "Mommy tak sabar nak ke Istanbul. Mommy nak tengok sejarah!"
Uncle Jan: "Babah tak sabar nak ke Istanbul. Babah nak tengok peninggalan Rasulullah s.a.w!"
Kami sangaaat tak sabar untuk ke Istanbul sebenarnya kerana kami nak tengok peninggalan Rasulullah!!
Ahmed sangat teruja untuk tengok pedang kepunyaan Rasulullah, dan pedang2 sahabat. Acik pulak tak sabar nak tengok semua peninggalan yang ada, kerana telah terlepas masa exhibition di Melbourne pada tahun 2005. Uncle Jan juga begitu..itu motivasi utama apabila kami hendak ke Istanbul. Nak rasa rapat dengan Baginda.....Oh, rindunya pada Baginda!
Jadi, sebab itulah, walaupun kami kepenatan selepas tour di Dolmabahce, kami gagahkan juga ke Topkapi. Sekali lagi, kami naik tram dan turun di mana ya. Lupa.
Lepastu kami menapak ke pintu gerbang. Wow, Topkapi ni sangat besar dan acik rasa patutnya dipanggil Kompleks, bukan Istana. Laman nak masuk sangat luas dan the entire complex sangatlah besar, kami lost track juga kami berada di mana.
Anyway, bila dah beli tiket, kami pun tak sabar nak masuk. Dalam kepala kami, kami nak tuju satu tempat je: Rasulullah ! Kami tergesa2 masuk dan macam mencari2. Rupanya dekat juga dengan pintu masuknya. Areanya sebelah kitchen hall.
Kami pun masuk. Uncle Jan berpesan, selawat banyak2 ingat Nabi. Kami pun tak henti selawat. Beratur juga nak masuk ke bilik yang menempatkan barangan Rasulullah. Takpelah, kami pun ikut je la. Sekali lagi, kami tak boleh tangkap gambar.
Bila masuk je, acik nampak kotak tempat simpan barang2 Nabi, tongkat Nabi Musa, bekas tapak kaki Nabi Muhammad, rambut Nabi dan pedang2 Baginda. Kami juga dapat lihat jubah Saidatina Fatimah, anakanda kesayangan Rasulullah. Bilik tu tak besar, tapi kami memang pusing 2-3 kali untuk betul2 mengamati barangan Rasulullah. Kemudian, ada cawan di situ, cawan tempat minum Nabi.
Uncle Jan pun cerita, betapa bertuahnya Presiden Chechnya dapat minum dari bekas minuman Baginda s.a.w. Boleh tengok YT disini.
Setelah about half an hour to 45 minute, kami pun keluar dari bilik tersebut. Puas sangat dapat menghabiskan masa menatap sendiri barangan Rasulullah s.a.w yang sangat dirindui! Kami ambil masa berdiri depan kompleks tersebut.
Kami lepak2 diruang taman. Bersebelahan dengan kompleks tadi adalah kawasan dapur yang sangat besar. Tapi sayangnya, tak dapat masuk sebab tengah renovate.
Kami jalan2 dalam kompleks Topkapi. Acik tak boleh nak describe macammana layout dia dan kompleks2 kecik di dalamnya sebab agak abstrak layoutnya. Di satu area ada pula bahagian macam pusat R&D perubatan. Acik rasa kat situ ditempatkan para tabib Islam yang menelaah bahagian perubatan. Ada kompleks sunat (Ahmed tak gemar). Taktau nak cerita layoutnya.
Tapi Acik lebih selesa di Topkapi dari Dolmabahce. Ini excerpt dari FB acik
Topkapi vs Dolmabahce
≠===================
Masjid menjadi nukleus pentadbiran dalam aspek pembangunan di Topkapi. Fungsi masjid diabolish di Dolmabahce.
Hiasan dalaman Topkapi lebih sederhana tidak sarat. Hiasan di Dolmabahce sangat 'materialistic' acuan barat.
Fungsi Topkapi lebih kepada pusat pentadbiran lengkap utk masyarakat. You can feel it is built to help ummah. Dolmabahce, u will feel like personally own n arrogance display.
I can say Topkapi dibina dengan several quarters utk menyantuni masyarakat. Ada quarters utk official delegates, ada quarters untuk Sultan and his excos. Ada quarters untuk medical science rnd (including i think, mental health disorder areas). Ada quarters utk penyediaan makanan secara macro. Di Dolmabahce lebih kepada perhiasan.
Topkapi ada quarter Harem yg berasingan. Kami x masuk. I strongly believed historians dari barat punya niat jahat menggambarkan Harem sbg perkumpulan gundik2. I browsed thru books on Harem in their bookshops n i think the content validates my belief. Portrait lukisan wanita Harem reflects wanita2 di Perancis. These portraits dilukis oleh Western painters. Portrait mereka tunjuk seductive image of ladies. Same in Dolmabahce.
Topkapi lebih nyaman dan menenangkan. Landskapnya stimulate kita berfikir. Dolmabahce buat saya terasa seperti saya mahu lebih lagi dari dunia.
We dont use any guide to enter both palaces. After reading n studying about Ottoman, I want to enter the palaces with my own understanding.
By around 1.5 hour, acik betul2 keletihan nak cover this big area. Jadi acik memang jalan sangat slow. Kalau ikut, nak suruh Uncle Jan angkat! Haha...tapi kalau bergambar, sempatla sengeh jugak...
Depan bilik/kompleks yang menempatkan peninggalan Rasulullah s.a.w
Kawasan lapang berhadapan bilik/kompleks
Membelakangi Bosphorus
Di satu dari banyak2 taman
Bilik Khatan (Ahmed doesnt like it)
Kompleks Harem
Kami tidak memasuki kompleks Harem. Untuk memasuki, ada caj lain. Kami putuskan untuk berjalan perlahan2 dan keluar dari kompleks Topkapi. Bit from my FB excerpt
Wanita membidak catur empayar
=====================
Walaupun saya tidak bersetuju dgn gambaran orientalis dalam menerangkan sisi 'raunchy' wanita harem, tetapi saya bersetuju wanita harem sejak Sultan Suleiman al Qanuni sangat berkuasa dlm mempengaruhi politik dan pentadbiran Uthmaniyyah.
Ini berlaku kerana sedang Sultan sibuk kesana kemari melebarkan empayar, kelicikan wanita/Sultanah/Valide (bonda Sultan) dan kecemburuan sesama mereka telah mencetuskan domestic turbulence di Topkapi.
Sejak dr al Qanuni, wanita bernama Hurrem byk mempengaruhi dan mencampuri urusan pentadbiran. Kemudian ada Safiya, Halime, Handun, Kosem,Turhan etc.
Jan dan saya berbincang ngenai pengaruh2 wanita. Benarlah, wanita memang mampu meruntuhkan dunia. Dari campurtangan direct kepada perhiasan extravagant istana, ini semua telah melemahkan kuasa Sultan dan pentadbiran.
Oh ya, anda tau siapa yang bina Topkapi?
Ya, Sultan Mehmet al Fatih lah yang membinanya. Lihat. Sangat beza konsepnya dari Dolmabahce. Kompleks Istana lebih kepada menyumbang kepada masyarakat. Ianya sangat hebat jika falsafah pembinaannya dibina atas kefahaman Islam.
Namun era selepas Sultan Suleiman al Qanuni telah membibitkan sisi gelap Uthmaniyyah.
Sisi gelap Uthmaniyyah
==================
Selepas membaca mengenai Empayar Uthmaniyyah, saya rasa saya mulai faham kenapa berlakunya revolt dan kebangkitan orang muda di Turki.
Kebangkitan itu bukan bermula pada zaman Sultan Abdul Hamid, tetapi akarnya telah bermula sejak tahun 1500+. Mungkin lebih tepat adalah setelah kemangkatan Sultan Suleiman al Qanuni.
Saya mula faham kenapa sesetengah agamawan sejarah mengatakan Khalifah berakhir pada masa Sultan Suleiman. Mereka juga mengatakan selepas era itu, semuanya sebaiknya dirujuk sebagai Sultan (bukan khalifah). It is like a curse, setelah kegemilangan, mulalah kealpaan yang membawa kepada kehancuran.
Apabila membaca di internet, saya banyak mengambil langkah berjaga2 kerana ada ketikanya cerita2 mengenai Sultan2 itu sangat jelik. In reviewing the literature (can it be said as that?), saya selalunya ambil langkah waspada terutamanya jika mereka kafir (pada saya 'literature yg paling authentic adalah hadith).
Untuk filter apa yg sepatutnya saya tau sahaja (bermanfaat), saya akan cross check dengan Hamka's Sejarah Islam. Jika Buya ada menyebutnya, maka Insya Allah lah reliable. Jika tidak, saya anggap ianya hanya gossip.
Agak banyak frustration apabila menyingkap sejarah selepas Suleiman al Qanuni. Selepas baginda, Sultan Salim naik takhta tetapi malang sekali sangat lemah kerana kaki arak. Begitu juga dengan Sultan Murad IV. Walaupun banyak menjajah, tetapi mati disebabkan arak.
Ada bahagian2 sedih seperti Sultan Mustafa & Sultan Ibrahim. Kedua2nya tidak sihat akal. Sedih kerana sejarah merakamkan ia mungkin disebabkan mereka dikurung di dalam 'kafe' (bukan cafe restoran) seawal umur 2 tahun. Kafe ialah bilik tertutup dan tiada siapa dibenarkan masuk. Setiap kali ketukan dipintu ibarat kemungkinan datangnya titah sultan untuk mereka dibunuh. Sultan Mustafa sebagai contoh telah diperintahkan untuk tinggal di kafe tanpa bondanya. Begitu juga Sultan Ibrahim. Ia berlaku begitu kononnya untuk mengelakkan mereka dari pengaruh politik dan ancaman bunuh.
Bayangkan psychological effect terhadap mereka. Bertahun2 tidak dibenarkan keluar dari satu bilik yang indah, hatta untuk ke taman sekalipun. Tanpa ditemani sesiapa (kecuali untuk waktu makan). Seharusnya jika ada cerita halusinasi, ianya possible. Kesan pengasingan ini terhadap Sultan Ibrahim lebih teruk. Sejurus dibenarkan keluar (umur 20an), beliau ibarat lepas laku dan meminta yg bukan2 termasuk merasakan boleh membunuh sesiapa sahaja.
Dibawah ialah gambar kami berlatarbelakangkan kafe. Indah, tapi ibarat sangkar.
'Kafe'
Begitulah coretan dan sorotan di Topkapi. Jika berpeluang lagi, saya akan cuba menggali lagi setiap kompleks di dalam istana ini. Saya tidak sempat ke Third Courtyard yang selalunya menjadi kawasan utama Sultan bertemu dengan Janiseri. Jika tidak, mungkin ada goosebump sebab dari pintu itulah 19 jenazah adik beradik dan anak beranak lelaki Sultan Mehmed III dikeluarkan setelah perintah fracticide dikenakan ke atas mereka. Ngeri !
Third Courtyard
So, kalau nak melawat dan menghayati Topkapi dan isinya, acik cadangkan peruntukkan dalam 4-5 jam dalam tu..hehe..Kalau boleh peruntukan satu hari untuk Topkapi saja. Jalan slow2 dan hayatilah sejarah2 yang telah disaksikan oleh kompleks istana itu. Ada yang mengujakan, ada yang menyayat hati. Itu semua tinggal sejarah untuk kita teladani.
Kita tinggalkan Istanbul ...dan esoknya, kita mengembara ke bumi pemula Uthmaniyyah!
No comments:
Post a Comment