Free market memerlukan undang2 untuk beroperasi kerana ianya tidak beroperasi dengan menurut arahan, sebaliknya melalui pilihan yang dibuat di bawah undang2. Nabi Muhamad bukan sahaja percaya kepada pasaran, tetapi baginda adalah seorang peniaga bersama dengan isteri baginda, Siti Khadijah. Pada zaman baginda dan Saidina Abu Bakar, harta dilindung. Sistem cukai ditetapkan dan bukan berbentuk rampasan. Kerajaan tidak campurtangan melainkan untuk mendedahkan penipuan, menghukum pencuri dan membasmi riba.
Malangnya, sedikit demi sedikit konsep sistem ini telah dilupakan terutamanya pada zaman Umayyah yang mana telah ditentang hebat oleh Umar bin Abdul Aziz. Umar bin Abdul Aziz, kemudian merombak sistem pada zaman Umayyah kembali ke ajaran Islam. Selama beratus-ratus tahun, konsep ekonomi Islam telah dipinggirkan oleh orang Islam sendiri, yang menyebabkan empayar Islam jatuh sebelum kedatangan Barat. Barat yang datang selepas itu, mencedok ajaran Islam dan menggunakannya sehingga membawa mereka ke merzu zaman Renaissance.
Amerika sangat bangga dengan 3 fungsi kerajaan; the executive, the judiciary and the legislature. Dalam Islam, konsep fungsi ini adalah lebih meluas. Pemerintah adalah executive. Hakim diberi masa tempoh tertentu. Perundangan sebenarnya terpisah kerana ia bukan sebahagian dari kerajaan. Sebenarnya, ia bukanlah perundangan dalam erti kata sebenar sebab Islam tidak mencipta undang2. Ianya dicipta dari Allah. Dan dengan itu, menuntut hambanya untuk mengkajinya dan menuruti, bukan mencipta. Konsep hamba dalam shariah berfungsi sebagai saintis, bukan penggubal.
Pada era dimana pintu ijtihad telah dipinggirkan, para ulama telah dibayar oleh kerajaan untuk tujuan mengkaji shariah. Imam Al Ghazali menyatakan hal ini "pemerintah yang selalu melawat scholar adalah bijak, sebaliknya, scholar yang selalu melawat pemerintah ada buruk"
Isu demokrasi adalah amat penting. Ia bukan kerana moral sesuatu demokrasi itu tinggi atau ia menyokong majoriti (kerana majoriti kadang-kadang ada membuat kesalahan). Tetapi ia lebih kepada konsepnya yang memberi jalan kepada penyelesaian sesuatu isu secara adil melalui sistem majoriti. tetapi, ini tidak bermakna ia boleh menidakkan hak minoriti.
Mengkaji tentang sosialisme dan Islam. Socialism adalah pemilikan harta oleh kerajaan ke atas faktor2 pengeluaran. Sedangkan Islam tidak. Apabila sekular barat mengatakan ada persamaan di antara socialism dan islam, mereka merujuk pada zakat. Tetapi, Islam menyangkal dakwaan ini kerana konsep zakat adalah termaktub kepada konsep 'penyucian' harta bukannya perampasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
Bahagian 1 - Dari impian dan minat Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...
-
I jumped happily with AB Jalil's comment ! ---------- Persoal pemimpin Melayu tolak DEB KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 memang perit k...
-
Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin (Probably his last article in Mingguan Malaysia?)I got this email from a friend, and I fully support him. -- “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir ak...
-
Esok akan diadakan pembukaan rasmi The Australian Malaysian Festival Film . Films such as Putri Gunung Ledang, Chermin and The Red Kebaya wi...
No comments:
Post a Comment