Monday, October 01, 2007

Ajar Pendatang Asing Hormat Tuan Rumah

Alhamdulillah, my article is in the Utusan Malaysia today
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Ajar pendatang asing hormat tuan rumah
Pendapat
SALAH seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin adalah warga Indonesia. Kita tidak boleh menafikan dalam banyak hal, kes jenayah berpunca daripada warga asing.
Saya berpendapat salah satu dari masalah ini berpunca daripada sikap tidak acuh mereka dalam menghormati undang-undang Malaysia. Ia mungkin juga disebabkan ketidaksampaian maklumat kepada mereka.
Berita atau maklumat yang penting disampaikan kepada penduduk Malaysia rata-ratanya adalah menerusi akhbar berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Begitu juga dengan media elektronik. Jadi, maklumat diserap sepenuhnya hanya oleh mereka yang dapat memahami dan menguasai bahasa-bahasa ini.
Jumlah pendatang asing semakin bertambah, tetapi usaha untuk menyalurkan maklumat mengikut lenggok bahasa asing amat sedikit.
Jika ada pun akhbar untuk warga Nepal, saya pasti ceritanya berkisar hal negara Nepal. Begitu juga dengan warga Indonesia.
Walaupun bahasa Malaysia dan Indonesia mempunyai kata akar yang sama, tetapi secara keseluruhannya, susah untuk mereka memahami isi kandungan akhbar bahasa Melayu.
Ada pun kandungan majalah dari Cina atau Indonesia lebih berbentuk hiburan sensasi, bukan yang bermutu tinggi.
Kebanyakan warga asing mempunyai latar belakang akademik yang rendah. Mereka tidak memahami lingua franca dunia, bahasa Inggeris.
Mereka tahu bahasa Malaysia sekadar ‘bahasa pasar’, bukannya bahasa akhbar. Justeru, tidak hairan jika mereka tidak tahu atau malas hendak ambil tahu sesuatu maklumat yang disalurkan dalam bahasa standard rakyat Malaysia.
Jadi, dalam kes-kes yang melibatkan keseriusan hukuman jenayah, warga asing tidak dapat mengagak impak hukuman yang menanti mereka.
Juga, dalam kes penculikan, khabar balas daripada mereka juga kurang kerana kebanyakan mereka tidak rasa apa yang berlaku di Malaysia dekat dengan hati mereka. Pedih hati rakyat Malaysia tentang kes Nurin, mungkin tidak sama pedih di hati warga asing ini.
Sebab itu, tidak selang beberapa hari selepas arwah Nurin disemadi, ada laporan berita menyiarkan laporan seorang warga Bangladesh mencabul kehormatan budak lelaki Melayu.
Nyata sekali, impak yang besar daripada kes Nurin tidak sampai ke dalam hati mereka. Apalagi hendak dikira kes- kes biasa.
Justeru, saya mencadangkan agar liputan maklumat perlu mencakupi semua penduduk di Malaysia yang berbilang bangsa sekarang.
Program seperti ujian bahasa Melayu atau Inggeris perlu diadakan untuk memastikan mereka lulus sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.
Ujian tatanegara juga perlu dibuat untuk memastikan mereka mengetahui prinsip-prinsip negara. Ia perlu meliputi soalan asas undang-undang Malaysia, kenegaraan, sosiobudaya dan aspirasi mereka kepada negara Malaysia.
Saya kira inilah baru adil untuk semua rakyat Malaysia. Pendatang asing perlu tahu adat budaya dalam rumah kita sebelum dibenarkan masuk.
Di Malaysia, kita tidak memakai kasut di dalam rumah, maka jika mereka tidak faham dan membawa masuk najis yang terpalit, habis segala isi rumah kita menjadi kotor dan kelam kabut.
– EMA IZATI ZULL KEPILI,
Melbourne, Australia.

5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!

Bahagian 1 - Dari impian dan minat  Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul  Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...