Some may call DEB, some may call MAPEN, some may call DPN. I use DEB simply because eveybody knows what it means.
------
"Penang free of DEB" - The Star 12 March 2008.
Ketika karangan "GE2. KJ, you and I" ditaip, mata terkebil2 membaca laporan The Star semalam. Walaupun itu sudah dijangka, hati masih sebak, air mata bergenang, terasa bungkam, hati berkali kali berkata "Itu tanah orang Melayu".
Terlihat wajah anak-anak Melayu di Balik Pulau, Teluk Pahang, Nibung Tebal, tempat-tempat yang selalu dituju semasa berada di USM dahulu. Perasan bercampur baur antara "padan muka Melayu yang lena" dan "Dont worry, they will revolt mentally".
Tidak sangka secepat itu DEB dihapuskan. Begitu kejam DAP, tanpa memberi belas, menarik serta merta keistimewaan. Saya menjangkakan DAP akan perlahan-lahan memberitahu bahawa keistimewaan akan diangkat perlahan-lahan dan kaum Cina akan membantu orang Melayu sehingga keistimewaan dihapuskan semuanya pada tahun ke 4 atau 5 pemerintahan. Namun, saya rasa saya terlalu baik lantas meletak sedikit harapan ke atas DAP.
Maka, berpinarlah Melayu.
Mereka yang mengenali saya, mengetahui saya membangkang DEB. Namun, saya masih berlapik dan mengakui, DEB perlu dihapuskan perlahan-lahan. Saya sendiri menjangkakan ianya akan dihapuskan pada 2020. Namun, siapa sangka orang Melayu sendiri mengkehendakkan ianya dihapuskan serta merta.
Persoalan sekarang, bagaimanakah nasib Melayu Pulau Pinang selepas ini ? Adakah mereka akan menjadi seperti Melayu Kg Gelam Singapura ? Sesetengah Melayu Kg Gelam ada yang masih tidak sedar dan masih bangga dengan "hey, kami ada royal immunity tau", sedangkan hakikatnya segala yang 'ditinggalkan' dan dibenarkan oleh kerajaan Singapura hanyalah melaksanakan budaya Melayu yang terhad. Suara dalam ekonomi dan politik tenggelam. Tidak berdaya untuk melawan, lantas beramai-ramai lari ke Australia - tanah asing.
Kampung Gelam, from a Royal Ground to just a National Heritage. Tidak ubah seperti patung pameran di Muzium Negara.
Atau adakah Melayu Pulau Pinang akan menjadi seperti Aborigines Australia? Aborigines Australia tidak dipedulikan, hanya penting tika hendak mengadakan persembahan kebudayaan. Ya, mereka ada di Parlimen di Canberra, tetapi hanya untuk meniup Didjerio. Mereka dilibatkan di semua ikon Australia, seperti di Circular Quay, Opera House, Federation Square sebagai penari hiburan dan kebudayaan. Itu saja kepentingan yang dilihat ke atas bumiputera Australia.
Bukan tidak ada Aborigines yang memekik meminta keistimewaan, tetapi disisihkan oleh kerajaan Australia sendiri. Sehingga, terpaksa menuntut orang lain untuk memohon maaf, bukan kemaafan yang datang dari kerelaan kerajaan itu sendiri.
Aborigines Australia, hebat dari segi kebudayaan tapi hilang hak-hak bumi sendiri.
Melayu Ultra juga mungkin tercipta diatas desakan politik DAP. Kemungkinan juga Melayu Pulau Pinang tidak patah semangat dan bangkit menunjal diri menggunakan segala keistimewaan dalaman yang ada di dalam diri Melayu. Siapa tahu semangat Islam yang berbisa dicampur dengan jitu Melayu yang kuat akan dimanifestasikan semula setelah ianya senyap beratus tahun.
Sukar hendak mentelah apa di dalam diri orang Melayu. Seorang rakan berkata, Islam Melayu adalah seperti tebuan, mungkin senyap tetapi jika dijolok, sengatnya upaya melumpuhkan terus lawan. Keistimewaan Melayu banyak, cuma terperap setelah berpuluh tahun disorongkan bantal. Kini, bantal sudah ditarik, kepala sudah terhantuk..persoalannya, masih mahu tidur atau cergas pantas bangun menuntuk hak yang hilang ?
EMA ZULL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
Bahagian 1 - Dari impian dan minat Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...
-
I jumped happily with AB Jalil's comment ! ---------- Persoal pemimpin Melayu tolak DEB KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 memang perit k...
-
Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin (Probably his last article in Mingguan Malaysia?)I got this email from a friend, and I fully support him. -- “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir ak...
-
Esok akan diadakan pembukaan rasmi The Australian Malaysian Festival Film . Films such as Putri Gunung Ledang, Chermin and The Red Kebaya wi...
7 comments:
masih ada lagi orang yang mengenangkan nasib orang melayu...sedangkan mereka sendiri tidak mengenangkannya...terima kasih kak emazull
org melayu pemaaf. bukan pelupa. cuma yg mudah lupa tu pemimpin melayu. bila pemimpin lupa, berlakulah ketirisan. malangnya, as time goes, yg tiris dah membesar, sekrg sudah tak layak disebut sebagai ketirisan, mungkin lebih sesuai digelar salah guna kuasa.
pemimpin diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin...memimpin org melayu agar sentiasa terpimpin ekonominya, terpimpin akhlaknya... tetapi kenapa melayu jadi lupa? sudah pasti kerana pemimpinnya tidak memimpinnya dengan baik... nah! pemimpin yg gagal memimpin dgn baik seharusnya diLUPAkan saja....betul tak?
Secara jelas bukan sahaja di Penang, malah Perak dan Selangor bakal menerima nasib yang sama...menang sorak kampung tergadai...
"kaum Cina akan membantu orang Melayu". Jauh panggang dari api. Pernah tengok kaedah mereka berniaga?
Persoalannya, berdasarkan apakah orang melayu harus diistimewakan? Berdasarkan apakan orang bukan melayu patut dihukum kerana dilahirkan dalam negara yang sama? Sejarah Malaysia mengajar saya nasib orang Melayu, Cina dan India berubah atas jajahan British. Adakah orang bukan Melayu cuba menghapuskan orang Melayu atau orang Asli (seperti orang putih di Australia dulu)? Sejarah Melayu mengajar saya bahawa orang melayu sendiri adalah pendatang asing yang BERKONGSI tanah dengan orang asli. Nasib orang asli di Australia amatlah berbeza dengan orang Melayu di malaysia yang cuba Ema samakan. setidak-tidaknya, jumlah orang Melayu di Malaysia masih majority dan selepas 50 tahun Malaysia merdeka, kemajuan negara tanpa mengira kaum boleh menjadi dasar bahawa setiap kaum akan maju dan bertanding dengan sihat walaupun dalam perubahan politik negara sekarang.
Persoalan lain, dalam proses mengistimewakan, adakah pihak yang tidak istimewa tertindas?
saya amat suka attitude Ema yang positif dan ingin melihat kaum sendiri berusaha untuk menambahbaikan keadaan ekonomi sendiri.
Bercakap tentang keadilan dan kesaksamaan, cuba luangkan sedikit masa mempelajari bahasa cina dan langganlah akhbar mereka. Anda semua akan mendapat gambaran yang agak jelas.
Post a Comment