Anwar berdolak-dalik
PULAU PINANG 14 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdolak-dalik untuk menjawab sama ada menyokong atau menolak keputusan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP yang akan membebaskan pentadbirannya daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beliau sebaliknya memberi jawapan mudah dalam isu itu dengan menyalahkan media yang disifatkannya sebagai suka memutar belit fakta.
"Media ini kerja dia memutarbelitkan fakta,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28 Komtar di sini hari ini.
Anwar sebelum ini beberapa kali membidas media yang mempertahankan DEB.
Kelmarin, kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan DEB.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.
-----------
Ha ! Ha ! Ha, si pembelit sudah terbelit !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
Bahagian 1 - Dari impian dan minat Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...
-
This entry should follow the Red Kebaya entry. Anyway.. nvr mind. This time, I would like to comment on CHERMIN which was presented to us...
-
Zura and I went to the ACMI to watch The Red Kebaya, at the opening of the Australia-Malaysia Film Festival. The 'ceremony' started ...
-
25 Aug. 2007 - Saturday Seminar Pembangunan Insan (Organized by Kelab UMNO Melbourne). I went to the seminar after Tasha recommended that I ...
No comments:
Post a Comment