Assalamualaikum & salam Ahad semua,
Hormat dan toleransi itu berbeza..
Oleh kerana dihampir disetiap bicara kita dan penegak negara seiringkan dua kalimat ini dalam satu ungkap, maka, hilanglah pula erti keduanya. Pabila ia tidak lagi dilihat beza, percayalah, langkah kita bukan lagi tetap dijalanNya. Ibarat kaki kanan melanggar sempadan langkah kiri dan yang kiri menceroboh parameter kaki kanan. Umpama sikaki botol, cuma bukan dinyatakan Allah dengan terang.
Peningnya diiman, kelirunya diaqal.
Bertambah parah jika Allah membiarkan kita jalan sebegitu.
Selayaknyalah dalam memohon jalan yang lurus, bicara ihdinassiratal mustaqim hanya dikelolakan lidah yang natijahnya pandai mempromosikan kata. Tersadung-sadung jalan kita...
Allah...teringat pula langkah kaki dititian sirat nanti..
Bicara ini dikalamkan ketika isu salib menjadi buah bibir rakyat.
Jahat (maaf) sungguh bibir hati yang menuturkan "Hanya Vampire takutkan salib".
Sombong (maaf) sungguh nurani yang mengungkap "alah, bukan jadi Kristian pun kalau tengok salib"
Aduhai Pencipta yang Rahim, aduhai Pencipa yang Penyayang..
besar sungguh toleransi mereka dengan pegangan kaum yang terang-terang disebut dalam muqaddimah kitabMu: "yang dimurkai dan yang sesat"
Aduhai kekasih Allah, Nabi s.a.w yang kucintai..
terbuka sungguh mereka dalam menolong "yang dimurkai dan yang sesat". Terlupakah mereka, "yang dimurkai dan yang sesat itu" perlukan cahaya, bukan terus jerumuskan kedalam lubang yang lebih hitam pekat atas nama "toleransi?"
Allah.......teringat pula kisah bagaimana Nabi s.a.w mengatakan para rahib wanita itu baik dalam menjalankan agama mereka, tetapi mereka tetap sesat.
Saya faham benar bahawa kita dilingkungi keluarga dan rakan yang majmuk. Gopal disebelah, Shannon pula guru, Mogneswary rakan sekerja, Ishwar ibarat anak buah sendiri. Semua mereka ada pengaruh dalam diri, sebab itulah hormat itu mesti, kerana itulah sayang itu dibajai.
Tetapi, untuk bertoleransi tidak boleh. Bukan disebabkan alasan tipis agama kita berlainan, bukan cerita hak minoriti tetapi lebih dari itu.
Tidak boleh bertoleransi jika yang mahu dikembangkan hitam dan gelemat. Kesian mereka! Mereka tidak nampak 'nur'..belum nampak..dan jika kita salah tafsir 'toleransi', menolong untuk menaikkan salib (dengan promosi kata "itu hak mereka", zalimnya kita kepada yang sesat ini.
Sebab itu permohonan maaf itu kedengaran canggung!
Nyata sungguh kompleks diera Dajjal ini. Hak Allah, hak Rasul, hak keluarga, hak rakan, hak minoriti, hak majoriti telah dicampur gaul dalam satu bekas. Semua kelihatan serata..natijah roman Hindustan - "Bukanlah Tuhan itu Tuhan jika Dia tidak mengiktiraf cinta sesama manusia kita yang suci ini" atau dialog "Tuhan juga akan menangis jika cinta kita tidak bersatu"
Astagfirullah...astaghfirullah...astaghfirullahaladzim..
Moga tulisan ini membuka jika tidak luas, sedikit untuk difikirkan. Moga Allah lindungi kita dari Dajjal menghembuskan fitnahnya ke fikiran.
Wallahu'alam.
Subuh 7 Rejab 1426
EMAZULL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
Bahagian 1 - Dari impian dan minat Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...
-
I jumped happily with AB Jalil's comment ! ---------- Persoal pemimpin Melayu tolak DEB KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 memang perit k...
-
Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin (Probably his last article in Mingguan Malaysia?)I got this email from a friend, and I fully support him. -- “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir ak...
-
Esok akan diadakan pembukaan rasmi The Australian Malaysian Festival Film . Films such as Putri Gunung Ledang, Chermin and The Red Kebaya wi...
No comments:
Post a Comment