Thursday, June 17, 2021

1- Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 1 - Dari impian dan minat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bahagian 1 - Dari impian dan minat [YOU ARE HERE!]

Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul

Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?”

Bahagian 4 - Hati yang bungkam di Dolmabahce

Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!

Bahagian 6 - Di Bursa, bumi pemula Uthmaniyyah

Bahagian 7 - Terketar2 di Uludag

Bahagian 8 - “Mommy, cantiknya Hagia Sophia..macam lukisan!”

Bahagian 9 - Kaching! Kaching! di Grand Bazaar

Bahagian 10 - Selamat tinggal bumi Istanbul!


=============================================================

HISTOURY 2019 ISTANBUL, TURKI

Bahagian 1 - Dari impian dan minat





Sejak kenal dengan suami, acik developed minat terhadap sejarah. Suami acik sangat terer sejarah dan kami selalu sembang pasal sejarah, dan ini termasuklah Sejarah Uthmaniyyah atau dlm bahasa bugis, Ottoman Empire. 😂

Minat Acik pada Uthmaniyyah ialah bila Acik 'kenal' sejarah Sultan Muhammad al Fateh pada tahun 2007-2008. Sejak dari itu, Acik cari buku2 mengenai al Fateh. Bila baca pasal beliau, Acik selalu terfikir, empayar ni mesti sangat kaya..tapi dari mana kekayaannya? Dan apakah strategi ekonomi mereka. Maka dari situ la, minat acik melarat2 dengan cerita Uthmaniyyah. 

Kemudian, tercetus pula fenomena siri Sultan Abdul Hamid (Turki). Lagila, menarik minat acik. Tapi acik tak tengok habis pun citer Sultan Hamid ni. Tapi cukup untuk timbul rasa membuak2 nak ke Turki. 

Jadi, Acik aim nak ke Istanbul. Dan, acik punya fesyen, kalau nak pergi sesuatu tempat tu, acik akan pastikan sejarah tempat tu acik baca betul2. So, itu lah yang acik buat. Acik baca pasal Uthmaniyyah di blog2, belajar kat YouTube, baca buku2 berkaitan dan sebagainya. Makna kata, dalam lebih kurang 6 bulan sebelum tu, memang acik study extensively lah pasal empayar Islam ni. 

Ok, itu mengenai persediaan ilmu. Persediaan nak berjalan pulak. 

Acik bincang dengan suami nak ke Istanbul untuk bercuti, bukan bekerja. Dia pun setuju dan bagitau, kita relax2 je berjalan. Following the basis, senang sikit nak fikir mengenai tour. Acik ada tengok2 tour dan yang paling banyak adalah tour round Turkey in 7 days. Di mana pakej tu akan bawa pelancong naik bas untuk jalan2 pusing kota2 terkenal Turkey [10 hari 7 malam Istanbul - Ankara - Cappadocia - Konya - Pamukale - dan sebagainya]. Acik fikir2, acik taknak ikut macam ni sebab acik tau, kami akan penat dan bila penat, nanti jadi touch n go and acik akan meragam...haha. 

Acik decide, nak pergi 2 tempat je iaitu Istanbul dan Bursa. Istanbul sebab tumpuan sejarah, dan Bursa sebab Ahmed nak main snow. Jadi bemulalah perancangan. 


Flight - kami booking Emirates 
Tarikh: 4 December - 11 December 2019 (8 hari)

Acik plan cantik2 guna apps INSPIROCK. Free apps. Sangat comprehensive dan dia suggest waktu yang sesuai untuk kita pergi satu2 tempat. Phew, tak payah la acik nak pergi travel agency. Acik rasa, masa merancang untuk ke Istanbul, acik macam dah boleh jadi tourist agent je. Konon2 macam dah hapal dalam kepala...konon je la. 

Persediaan material

Oleh kerana acik plan sendiri our tour, memang dapat save sangat banyak. Acik tau bila travel, selain flight dan hotel, makan boleh menyebabkan akaun kita sakit - sebabnya, kalau tak rancang betul, kita akan banyak makan di luar. 

Jadi, apa yang acik buat ialah..bawak rice cooker. Lepas tu, biasalah kan, Brahim dan packed food. Beras pun acik bawak tau..acik pack ikut hari, maknanya ada 7-8 pack. Maggi, of course. Roti, mesti ada. Drink sachets, even gula pun acik bawak. Tak kisah lah orang kata cheapskate pun. Tapi, tu la acik silap bajet. Acik bawak tak banyak .. acik terlupa 2 orang lelaki yang ikut acik ni makin membesar...so banyak yg short. Takpelah, kita belajar budgeting lain kali. 

Berapa duit acik habis? 

Rahsia ni. Tapi on ground, acik jimat banyak sebab buat tour sendiri dan suka2 hati. Of course flight fare dengan hotel charges tu memang kita tak boleh elak lah kan. Oh ya, acik gi early December sebab nak winter. Acik nak Ahmed rasa asap keluar kot mulut..haha. So, December agak off peak. Memang tepat pilihan acik sebab kami tak perlu beratur pun utk ke main attractions. Jimat masa. 

So, itu la cerita cemana timbulnya idea nak ke Istanbul. Dan travel kali ni adalah yang paling best dan memorable bagi Acik, Uncle Jan (suami) dan Ahmed (anak kami). Sebab kali ni kami sangat santai dan free tidak terkejar2. Kami betul2 relax menikmati sesuatu yang kami lawati. Betul2 melepak lah orang kata selama 7-8 hari tu. Syukur sangat2.

Jadi, itu dulu bahagian 1. 


NEXT, jom acik citer sikit pasal penerbangan acik dari Kuala Lumpur ke Istanbul. 







No comments:

5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!

Bahagian 1 - Dari impian dan minat  Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul  Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...