Friday, June 18, 2021

4 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 4 -Hati yang bungkam di Domalbahce




Bahagian 4 - Hati yang bungkam di Domalbahce [YOU ARE HERE!]

Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda! 

Bahagian 6 - Di Bursa, bumi pemula Uthmaniyyah

Bahagian 7 - Terketar2 di Uludag

Bahagian 8 - “Mommy, cantiknya Hagia Sophia..macam lukisan!”

Bahagian 9 - Kaching! Kaching! di Grand Bazaar

Bahagian 10 - Selamat tinggal bumi Istanbul!

====================================

HISTOURY 2019 ISTANBUL, TURKI


Bahagian 4 - Hati yang bungkam di 2 Istana


Apa agaknya kami rancang harini? 

Haa...harini ialah hari melawat ISTANA, iaitu DOHMABALCE PALACE & TOPKAPI PALACE.

Sebelum mula, acik nak WARNING semua orang. 

JANGAN KUMPULKAN TOUR 2 ISTANA INI DALAM 1 HARI!! 

Haha...itu yang kami buat silap. Kedua2 istana ini sangat luas dan besar. Acik atur Dohmabalce pada waktu pagi, dan Topkapi pada waktu petang. Silap sangat sebab kami penat sangat bila kami halfway dalam Topkapi. 

Owrait. Kita mulakan.
Pagi2 kami keluar dari hotel jalan tot tet tot tet dalam 15 minit ke tram station Sultan Ahmet. Dekat aje. Tapi, ternganga..sebab tak tau cemana nak beli tiket...tapi, takde masalah...acik tanya je la orang kat situ. Apa nak takut ye tak? 

Tunggu Tram arah Kabatas.

Khusyuk sungguh dia makan epal. 

Kami pun naik ler tram. Tak sampai pun 15 minit dah sampai kat Stop Kabatas. Then, menapak lebih kurang 10 minit. Sebenarnya acik dah beli tiket online. Tapi kami terlewat...haisshh burn. Mahai lak tu. Tapi bila jalan2 ni takleh marah2. Takpelah. Anggap cuai kesalahan sendiri. Harga tiket ialah RM50/pax (guided tour) So, terpaksa la beli lain, beli kat luar dalam 90 Turkish Lira (RM43). Kami dapat earphone translation radio tu. Bermula la tour kami, tapi pergi toilet dulu..sejuk kan... 😆.

Sementara nak masuk tu, sempat lagi suruh Ahmed posing pintu masuknya.


Masuk kena pakai plastik kat kasut. 

Sampai sini je boleh tangkap gambar. Tak boleh tangkap gambar dalam istana


Dolmabahce Palace ni dibina zaman sultan yang last2 la (Sultan Abdul Majid 1 tahun 1840+). Kalau u all tengok, binaan dia macam ala2 Eropah. Kerawang2nya macam ala2 orang putih. 

Sedikit pasal Sultan Majid 1. Era kesultanan ni dah masuk last2 sebelum pembubarannya. Masa ni bau2 gerakan nasionalisme dah agak kuat. Sultan pun bersahabat rapat dengan barat. Kalau kita lihat Istana Dolmabahce ni, segalanya diimport dari barat. Marmarnya dari Itali, barangannya dari Greek, Britain, Mesir dan lain2 negara barat. Kalau masuk2 dalam istana tu je...kita akan masuk ruang diplomat. Kat situ ada satu chandelier besaaar hadiah dari Queen Victoria. Ha, nampak macammana rapatnya hubungan Turki-Barat masa tu. Kalau kita masuk jalan2 dalam lagi, kita akan nampak serba serbi mewah lah. Dari pinggan mangkuk, periuk belanga, hatta butang baju pun haishh...semuanya bukan cikai la...semua terdiri dari emas2 dan perak2 kot. 

Pandai pulak Sultan Majid ni pilih, high taste kot. Hehe..mana taknya, Sultan ada 17 isteri. Of course la taste nya tinggi2. Ada juga isterinya yang dari Eropah. So, faham2 je lah kan pengaruh mereka. Setiap isteri mestilah nak tunjuk dan bawa pengaruh dari negara asal. Bilik dalam istana ni, punya la banyak. Acik lost count (Acik baru baca, rupanya ada 285 bilik!). Mula2 kami jalan slow2, lama2 kena jalan laju sebab macam tak habis2 je pusing dalam istana tu. Bayangkanlah Ahmed dari awal2 rasa excited dan kagum dengan keindahannya, last2 dia kata dia taknak duduk istana sebab dia tak larat jalan. Jangan kata dia, acik pun dah lenguh lutut berjalan. 

Pembinaan istana ni kontroversi. Jumlah yang dibelanjakan ialah billion dollar. Kebanyakkannya melalui hutang dengan barat. Makna kata nak tunjuk standard empayar tu sama ala2 barat la. Perancis pulak masa tu dah ada Versailles, mestila jugak diacum2 ke Sultan Abdul Majid, "Apa kata u all bina juga...ha, barat ada satu, Turki ada satu..baru la standard", gamaknya la katanya. Sebab memang kalau u all masuk, dia punya style tu macam Versailles. 

Begitu la, Turki mudah lupa jugak. Segala beban hutang of courselah rakyat yang menanggung. Maka, lagi la marah kaum muda Turki (Tanzimat) masa tu. Hehe...So, sikap extravagant ni la yang buat Turki lepas tu terus2 terjatuh dalam lembah hutang yang tak perlu pun pada awalnya. See, barat dia tak bomb Turki tapi dia guna cara lain. Dia sudu2kan Uthmaniyyah dengan material, puji2an melambung, sanggup manis muka beri hutang. Last2, dia makan kita. Modus operandinya sama saja zaman sekarang. Acik pun kena beringat2 juga. Hutang memang boleh buat kita lupa diri dan kerajaan boleh tergadai. 

Berapa lama kami round dalam istana? Ada dekat 2 jam kot. Besaaarrrr sangat. Sangat tak larat. Macam dah nak seret kaki rasanya. Ini ada excerpt dari FB Acik.
Dolmabahce Palace - peritnya diulu hati.
=============================
Kami decided to split our 'palace visit' into two. Pertama, istana yang menjadikan masjid sebagai pusat bangunan pemerintahan. Kedua, istana yang membuang masjid sebagai nukleus pentadbiran.
Ini adalah istana jenis kedua. Agam dan mewah. Membawa ciri Perancis dan Britain. Memasukinya seperti memasuki Versailles. Marmarnya diimport dari Italy. Hampir kesemua deko diimport dari barat.
Sementara saya kagum dengan 'kekayaan'nya, Harujan tidak. Dia melewati satu2 kamar mewah dengan cepat, saya komplen "apa cepat sangat, tengokla elok2". Tetapi tika kami melewati ruang library Sultan, lama dia di situ. Katanya, sebanyak2 kamar, ruang library ni yg sentuh hatinya - sedih. Kami sedih sebenarnya mengingati semula keruntuhan khalifah. Dari empayar yg sgt kaya, bijak dan terbilang, ia menjadi "orang sakit Eropah".
Diruang dewan besar yg sangat indah, dia berkata, inilah natijah jika terlalu kaya sedang ramai lagi miskin yg memerlukan. Saya hanya termenung, ruang yg agam yg pernah menjadi tumpuan acara kenduri dan sambutan Ramadhan utk simiskin kini sepi menjadi hanya ruang muzium.
Salah satu bumbung dewan besar. Sedih tengok dewan tu. 😔
Akhirnya selepas 2 jam round, kami keluar. Percaya tak, acik kena duduk dulu sebelum turun tangga tu. Sebab lutut dah menggigil kepenatan. Ahmed pun tak larat. 


Tapikan, acik kena ngaku la. Istana ni cantik sangat. Ia terletak ditebing Bosphorus. Perasaan tu bercampur baur sebenarnya. Rasa kagum sebab rupanya ada istana sebegini agam dan indah dalam sejarah empayar Islam. Rasa sedih, sebab keagamannya reflect kelemahan empayar Islam ini. Yang acik perasan sangat ialah segalanya mengenai materialisme dalam istana ni. Semuanya seperti keangkuhan material sedangkan diluar berjuta rakyat merana. Tengok sekarang, apa yang terjadi, segalanya hanya jadi barang pameran dalam istana. Keturunan mereka pun dah berada di Eropah. Pengajaran besar untuk kita semua bahawa apa yang Allah pinjamkan, bila2 masa Allah boleh tarik balik. 

Hmm..so kami pun dah keluar dari pintu istana, dan berjalan ke arah compound luar tempat masuk mula2 tadi. Masa ni, kami tangkap la gambar banyak2 mengabadikan kenangan yang bercampur baur tu. Silala tengok ya. 

Berehat ditebing Bosphorus. Penat.


Jauh tu nak menapak ke depan. Eh, Uncle Jan macam tourist guide kan? 
Ni dah bahagian mula2 nak masuk istana. 
Tu pintu masuk istana yang kena bukak kasut tadi. 


So, lepas around 3 jam, kami pun balik semula ke hotel. Uncle Jan kata nak solat Jumaat kat Blue Mosque. Ok...kami pun berpecah kat depan Blue Mosque. Tetiba budak ni kata, nak aiskrim. Aiya...terkejut Mommy! Sejuk kot...tapi, ok lah. Bagi je lah, sebab dia good boy sangat. Tak mengaruk. 

Mommy pun belikan aiskrim yang pusing2 main2 tu. Seronok dia.


Kami lepak sat tepi cafe. Acik pun minum kopi. Tunggu dia habiskan aiskrim. 

Then, kami pun balik hotel berdua. Rehat sementara tunggu Uncle Jan selesai solat. Penat kaki oiii...tapi huhuhu....petang ni nak ke Topkapi pulak...aduiii...

Tapi...kena pergi jugak. This is the HIGHLIGHT ! Kenapa? Teruskan membaca...












No comments:

5 - Ema ke Istanbul “Histoury 2019" [Jalan Jalan Istanbul] - Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!

Bahagian 1 - Dari impian dan minat  Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul  Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?” Bahagian 4 - Hati yan...