Bahagian 1 - Dari impian dan minat
Bahagian 2 - Dari KL ke Istanbul
Bahagian 3 - “Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?”[YOU ARE HERE!]
Bahagian 4 - Hati yang bungkam di Dolmabahce
Bahagian 5 - Oh, rindunya pada Baginda!
Bahagian 6 - Di Bursa, bumi pemula Uthmaniyyah
Bahagian 7 - Terketar2 di Uludag
Bahagian 8 - “Mommy, cantiknya Hagia Sophia..macam lukisan!”
Bahagian 9 - Kaching! Kaching! di Grand Bazaar
Bahagian 10 - Selamat tinggal bumi Istanbul!
====================================
HISTOURY 2019 ISTANBUL, TURKI
Bahagian 3 - "Mommy, mamak ada ke kat Istanbul?"
Istanbul, kami datang !
Kami jejak di Istanbul dalam jam 11 pagi. Nice. Masih dalam airport, kami menyarungkan winter coat kerana dah rasa sejuk. Alhamdulillah, urusan immigration mudah. Cuma bila nak keluar, kami agak tercangak2 nak cari transport ke hotel. Orang approach kami, after nego2, kami decided naik taxi. Well, alternatifnya adalah bas. Tapi kami ni tak fasih sangat bas2 ni, lagipun dengan beg2 besar..lecehlah. Jadi, cara mudah ialah ambik taxi terus. Harga taxi sekitar TL230 (lebih kurang RM100). Mula2 kami rasa mahal, tapi lepas tempoh perjalanan..kami rasa "nasib baik ambik teksi...". Jauh airport ke hotel lebih kurang KLIA ke KL City centre, menempuh terowong (utk elak jam) dan itu included toll charges. So, berbaloi la. Penat pun tak penat. Cuma ada masalah sikit. Driver kami tak pandai English. Jenuh jugak bagitau hotel kat mana. Nasib baik Acik ada simpan map beserta nama dan alamat penuh hotel. Dia guna GPS, and about half an hour, kami sampai dihotel. Ni ada vid pendek sepanjang perjalanan kami.
Dan, ah..kami sampai dihotel pada jam 2pm! HOTEL HISTORIA - SPECIAL CATEGORY. Kami booked through Booking.com. Book awal 4-6 bulan ok..sebab hotel ni sangat laku keras kerana kedudukannya dekat dengan main attraction. Price per night was about RM220 dan kami ambil untuk 2 malam breakfast included. Hotel tak besar tapi comel. Hotel ni sangat dekat dengan main attraction, hanya about 15 minit je jalan santai. Bilik kami biasa, ada 4 katil..puas hati! Kami dapat level groundfloor pulak tu. Dining area di basement bukan kolong yang gelap tu. Ada space makan diluar, but sejuk kan..takmo lah.
Receptionist area
Bilik kami camnilah
Bathroom - Ahmed suka la sebab berendam dalam air panas di bath tub
Ini dining area tempat kami breakfast - terletak di area basement
Breakfast buffet kami sangat healthy..huhu.
Kami pun berehat...penat kan. Bukak rice cooker, makan dulu apa yang patut utk lapik perut. Lepas tu, check untuk solat zohor..nak cari arah kiblat dihotel, eh takde pulak. Acik pun tanya pekerja tu. Allah, diorang tak tau. Diorang lari keluar, cari orang untuk tanya (dont judge...dont judge). Lepas tu, dapat the direction.
Lepas solat, uncle Jan dan Ahmed rehat tgk TV. Waktu tu di Malaysia jam 8 mlm (Istanbul lewat 5 jam). Acik tunggu my portable internet. Dalam jam 3 waktu Istanbul, porter Internet pun datang serahkan pocket internet acik. Acik ambik 'rent n connect'..acik book dari Malaysia lagi. Tapi silap sebab acik mintak dia hantar di hotel. Patutnya, acik pick-up kat airport, senang terus ada wifi bila keluar dari airport. Takpe, lesson learnt. Kalau nak check various mobile wifi, u may check here ya ==> MOBILE WIFI ISTANBUL
So, dah dapat internet kan. Waktu untuk merayau!!
Kami pun keluar dari hotel...eeee sejuk. Acik pun mula la jadi budak2, main 'haa...haaa' hembus 'asap'. Sama naik dengan Ahmed. Suhu adalah sekitar 15 deg Celcius. Lepas menapak jalan yg membukit, kona sikit, lah, kami nampak tersergam indah Masjid Biru Sultan Ahmet (Blue Mosque).
Walking distance saja !
Route jalan kaki. Kiri kanan penuh kedai...hehe
Waktu tu dalam jam 4 lebih, tapi oleh kerana winter, suasana macam gloomy. Hujan rintik2 sikit. Sejuknya toksah cakap lah. Acik memang tergedik2. Kami seronok sangat sebab dapat tengok Masjid Biru yang sangat terkenal tu. Tapi, haruslah tangkap gambar dulu kannn....
Uncle Jan kesejukan, menjadikan Ahmed mangsa peluk.
Tak puas hati, kenapa gambar acik gelap..hehe.
Acik & Uncle Jan pulak
Setelah tergedik2 depan tu, kami pun masuk dalam kawasan masjid. Amboi ramai orang jugak waktu tu beratur nak masuk. Kami putuskan, takyah masuk lah...sebab panjang sangat. So, kami pun bergambar di courtyard.
Uncle Jan kesejukan
Budak happy kesejukan
Di courtyard Masjid
"Landscape mode! Landscape mode!"
Ahmed di Masjid Sultan Ahmet.
Dah puas bergambar, kami decide jom la balik, lapar la...Berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmet adalah Hagia Sophia yang tersergam. Wow! Sabar...sabar...kami tak masuk ke Hagia Sophia. Kami peruntukan satu hari kemudian untuk bangunan yang masyhur tu. Tapi kami ambik jugak gambar depan Hagia Sophia.
Di sini, acik excerp what I have written in my FB.
Rome & Constantinople
===================
2 tahun lepas, kami diizinkan melawat Rome. Kami menyaksikan sendiri puing2 tinggalan Empayar Rome Timur seperti Pantheon, Colleseum dan lain2. "Rome" dirakam dalam al Quran, dan ayat pertamanya menggambarkan kemusnahan empayar tersebut. Namun masih ada yg belum selesai.
Hari ini kami di Istanbul/Constantinople. Apa motivasi kami selain mengimbau sejarah agung Uthmaniyyah? Ini motivasinya.
"Kota manakah yang akan ditaklukan dulu, Konstantinopel atau Rum?.......Nabi s.a.w menjawab: Kota Herakulis (Konstantinopel)"
(sila baca hadis panjang untuk lebih detail).
Antara Rom dan Istanbul ada risalah penting untuk umat Islam. Mungkin kami dipandu ke Rome dahulu dan Istanbul kemudian, untuk memahami, mempelajari sesuatu yg penting untuk hadith di atas direalisasikan.
Semoga AhmedAria memahami. Rom akan ditaklukan. Rasul kita tak pernah bohong.
Setelah selesai bergambar, kami pun jalan kaki semula balik ke hotel. Penat pun ya, lapar pun ya.
Tiba2 Ahmed tanya, "Mommy, kita pergi mamak nak? Mamak ada tak kat sini?"
Terkejut acik, acik gelak kemain kuat..haha...So, acik pun explain "this is Turkey, makanannya berbeza sikit. Dia ada kari tapi tak sama. So, kita kena rasa juga makanan orang lain".
Terkejut acik, acik gelak kemain kuat..haha...So, acik pun explain "this is Turkey, makanannya berbeza sikit. Dia ada kari tapi tak sama. So, kita kena rasa juga makanan orang lain".
Berdekatan dengan hotel, ada pulak banyak restaurant. Uncle Jan suggested kami makan di situ je lah. Acik ok je. Masuk je..aa...bestnya panass sebab ada heater. Kami pun order la kebab, mushroom soup, Uncle Jan insisted for his fav tea English Breakfast. Kami pun makan. Aduii sedapnyaaaa....Dah lama tak rasa authentic kebab macam tu. Ahmed pun beria2 makan. Mushroom soupnya sangatt thick, creamy and yummy. Kami santai2 je lepak dalam tu. Mana taknya, hotel kami berdepan je dengan restaurant tu.
Uncle Jan makan nasi
Ahmed rasa Turkish tea.
Ok, semua kenyang...kami pun balik. Lepas solat je, Uncle Jan dan Ahmed tidur sampai ke Subuh. Yang acik dok terkelip2 ... tengok TV yang 90% channelnya berbahasa Turki.
An excerpt from my FB
Ema Izati Zull is in Istanbul, Turkey.
"Kalau puasa kat sini, boleh berbuka awal, Mommy"
Dlm bilik ni, sis je yg terjegey biji mata terjaga awal. Lagi 2 org pengsan dr lepas Isya. Out of 40+ TV channels, only 1 berbahasa Inggeris. Katun Simpson pun bahasa Turki.
Terngiang2 cerita ngenai salah satu faktor kejatuhan Uthmaniyyah. Ia kerana mereka tidak belajar bahasa Arab. Apabila masyarakat tidak didedahkan dengan Arab, al Quran terasa jauh. Apabila al Quran tidak disentuh, jauhlah masyarakat dari wahyu. Apabila jauh dr wahyu......
So, itulah cerita kami dihari pertama menjejakkan kaki di bumi Uthmaniyyah.
NEXT, apa yang kami buat...jangan lupa baca seterusnya !!
NEXT, apa yang kami buat...jangan lupa baca seterusnya !!
No comments:
Post a Comment